HubunganLifestyle

Wanita Yang Suka Kentut Depan Pasangan Adalah Seorang Yang Jujur

Kentut merupakan proses keluarnya gas yang telah dihasilkan di dalam saluran pencernaan melalui anus.

Setiap orang sudah pasti akan ‘melepaskan hajat’ ataupun kentut. Kentut dibebaskan dengan tekanan yang kuat atau perlahan ,tanpa bunyi atau berbunyi . Ianya akibat otot sfinkter bertenang secara sengaja atau tidak sengaja.

Ada dikalangan kita tidak suka kentut sesuka hati ditempat awam kerana ia dianggap perbuatan yang kurang sopan dan sangat kurang ajar. Namun begitu, kentut adalah salah satu perbuatan yang bukan disengajakan, kadang kala ianya keluar tanpa sengaja.

Sesetengah orang menganggap kentut bukan sesuatu yang boleh ditahan-tahan, itu tidak wajar di tempat awam ataupun dihadapan orang, kerana dianggap tidak sopan. Selalunya kaum lelaki suka kentut di tempat awam, bagi mereka ianya perkara biasa yang tidak perlu dimalukan.

Bagi wanita pula, ada diantara mereka segan kentut di tempat awam kerana menganggap ianya tidak wajar, kerana bau kentut akan menganggu suasana dan tidak sopan. Namun begitu, bagi sesetengah orang menilai peribadi seseorang melalui kentut!

Wanita yang kentut di tempat awam dikatakan mempunyai peribadi yang lebih jujur dan bersifat terbuka. Adakah ianya betul atau sekadar sindiran bagi kaum wanita?

Bagi sesetengah orang berpendapat bahawa, mereka yang tidak merasa segan apabila terkentut dihadapan temannya, mereka seorang yang sangat berani dan jujur. Namun begitu, jangan pula anda sesuka hati kentut melainkan anda tidak sengaja.

Kesimpulannya adalah, kentut itu tidak salah, tetapi biar kena pada masa dan tempatnya. Jika sudah tidak tahan untuk kentut, sebaiknya anda bawa diri ke tempat yang agak jauh dari teman anda, supaya bau kentut anda tidak terhidu dan tidak menganggu orang lain ya!

sumber : id.theasianperent.com

Baca Selengkapnya...
Back to top button
Close
Close